Kemasukan pekerja asing tetap melalui SOP ketat

KUCHING: Kemasukan pekerja asing ke Sarawak tetap melalui SOP yang ketat, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, pekerja asing perlu melakukan ujian saringan Covid-19 di negara asal mereka tiga hari sebelum bercadang memasuki Sarawak.

“Kemudian, majikan bertanggungjawab untuk membawa mereka ke pusat kuarantin sama ada di ladang atau tapak pembinaan yang telah diluluskan oleh pejabat kesihatan.

“Sekiranya majikan tidak mempunyai pusat kurantin maka majikan perlu meyewa hotel atau tempat yang disediakan oleh JPBN,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak