11 lelaki ditahan polis, palsukan keputusan hasil ujian rt-PCR Covid-19.

KUCHING: Seramai 11 lelaki di kawasan Kuching ditahan polis selepas didapati memalsukan keputusan hasil ujian rt-PCR Covid-19.

Mengesahkan kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superitendan Maria Rasid berkata tindakan tersebut susulan dua laporan yang diterima pihaknya daripada Seketariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada 6 dan 8 Mac lalu.

“Tiga suspek baru ditangkap hari ini manakala lapan suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, dan hendaklah dikenakan denda,” tegasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak