600 petugas barisan hadapan Sri Aman sudah di vaksin

SIMANGGANG: Dianggarkan 600 kumpulan sokongan petugas barisan hadapan di Bahagian Sri Aman menerima suntikan vaksin Covid-19, selama tiga hari sehingga semalam.

Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis memuji komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dari Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sri Aman yang bertungkus-lumus menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan demi memutuskan rantaian penularan virus.

“Program selama tiga hari ini melibatkan kumpulan sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bersama-sama bertugas membendung penularan Covid-19.

“Bermula14 Mac sehingga hari ini, ia membabitkan 600 individu,” katanya ketika meninjau proses vaksinasi di Dewan Suarah.

Pengambilan vaksin jelas Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti itu akan menjadikan penerimanya mempunyai ketahanan tubuh badan melawan Covid-19 yang lebih kuat.

Harden ketika meninjau proses tersebut diiringi Pegawai Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Daerah Sri Aman mewakili Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Janariah Jangani dan P

….Untuk berita lain dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak