Ahli Majlis Daerah Sarikei perlu komited

SARIKEI: Peranan ahli Majlis Daerah Sarikei (MDS) perlu terus diperkasakan melalui pelbagai pendekatan sejajar dengan fungsi mereka sebagai penggerak program pembangunan kerajaan di peringkat akar umbi.

ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, mereka yang dilantik harus berani melakukan perubahan ke arah kebaikan di samping melaksanakan amanah kerajaan dengan penuh integriti.

Menurutnya, komitmen jitu setiap ahli majlis membolehkan aduan dan permasalahan masyarakat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.

“Saya sedar tanggungjawab itu bukan mudah apatah lagi dengan peranan mereka sebagai mata dan telinga masyarakat.

“Bagaimanapun mereka mampu melaksanakan dengan baik sekiranya mempunyai sikap positif dan nilai tanggungjawab yang tinggi,” katanya ketika melakukan tinjauan ke atas perlaksanaan projek rakyat di kawasan DUN Repok, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Mac 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak