Aksi bulan puasa Liga SSC/FAS

TERDAPAT dua perlawanan berlangsung sebelah malam saingan Liga Bola Sepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021.

Perlawanan tersebut membabitkan pertemuan pasukan Kuching FC menentang Serian FA (17 April).
Selain itu, ia juga melibatkan perlawanan antara Sarawak United FC II (SUFC II) pada 24 April.

Naib Pengerusi Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021, Mohd. Saif Jubaidi memberitahu, kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya.
 
”Perlawanan tersebut berlangsung pada bulan puasa dan pihak pengurusan kedua-dua pasukan terbabit sudah sedia maklum mengenainya,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berkata, perubahan jadual membabitkan dua perlawanan melibatkan pertembungan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Katanya, tiada masalah bagi pasukan terlibat membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan itu kelak.

 

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak