Anggota Tentera barisan hadapan mulai terima vaksin

SIBU: Briged Kesembilan Infantri Malaysia akan melengkapkan proses pemvaksinan anggota di tiga kem di bawah naungannya dalam masa lima hari.

Panglimanya Brigadier Jeneral Shamshor Jaafar berkata, seramai 1,512 anggotanya di Kem Rascom, Kem Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja dan satu lagi kemnya iaitu Kem Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja di Miri menerima vaksin Covid-19 mulai semalam.

“Keutamaan diberikan kepada anggota kita yang bertugas di barisan hadapan dan anggota yang berada ibu pejabat. “Pasukan kita telah menerima 252 botol vaksin untuk 1,512 orang.

Dalam senarai itu, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan kemudian kepada anggota yang berada dalam kem,” katanya ketika ditemui pada Program Imunisasi Covid-19 Peringkat 9 Briged di Kem Rascom, Jalan Oya di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak