Covid-19: Satu Kluster Baharu dan satu lagi ditamatkan
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Chupak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, Kluster Chupak merupakan satu kluster komuniti yang telah dikesan di Kampung Chupak, Siburan di Daerah Serian.Jelas JPBNS, indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-11,561 merupakan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 27  tahun, yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 9 Mac lalu.

“Kes yang bekerja di Daerah Kuching kemungkinan telah mendapat jangkitan melalui jangkitan komuniti, yang kemudian telah merebak kepada ahli keluarga kes indeks dan seterusnya kepada individu lain di Kampung Chupak melalui pergaulan dan kontak rapat.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak