Dua medan minyak dan gas ditemui di Delta Baram

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak akan memainkan peranannya selepas penemuan dua lagi kawasan minyak dan gas di Miri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bakal memajukan kedua-dua kawasan terbabit di bawah Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA).

“Petronas dalam kenyataan sebelum ini memberitahu terdapat penemuan minyak dan gas di Delta Baram dan Wilayah Luconia Tengah. “Dan, kemungkinan menemui dua lagi kawasan minyak dan gas di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Jambatan Batang Lupar di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, Sarawak mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas di negeri ini menggunakan hak Sarawak di bawah Perlembagaan Malaysia.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24 Mac 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak