“Kedua-dua suspek mengaku ada memukul mangsa. “Punca kejadian adalah kerana mangsa disyaki mencuri telefon bimbit milik rakan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Aidil, berdasarkan laporan oleh mangsa, 44, yang merupakan seorang penganggur dan beralamat di Kampung Baru Ampang, Selangor, kejadian berlaku lebih kurang jam 1.30 petang di hadapan kedai Supersave di E-Mart Batu Kawa.
“Pengadu telah diserang oleh lebih kurang enam orang lelaki yang tidak dikenali kerana menuduhnya mencuri telefon bimbit.
“Akibat dipukul dan ditendang, mangsa mengalami kecederaan di seluruh badan, kepala dan muka,” katanya.
Katanya seorang suspek yang berusia 37 tahun turut didapati memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah, perjudian termasuk di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pemberi Pinjam Wang.
Manakala, beliau berkata seorang lagi suspek berusia 32 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Aidil berkata kedua-dua suspek ditahan reman pada hari ini.