Kegagalan patuhi SOP punca peningkatan kes positif Covid di Betong

BETONG: Siasatan mendapati lebih 100 individu terbabit dengan aktiviti sosial seperti sabung ayam menyumbang kepada peningkatan kes di Betong.

Pegawai Kesihatan Bahagian Betong yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr. Johnny Pangkas memberitahu, ia berkait rapat dengan kegagalan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ditetapkan.

“Trend yang kita kesan, di kawasan yang mana masyarakatnya mematuhi SOP boleh dikatakan agak kurang kes. Namun, kes yang tinggi dikesan di kawasan yang SOPnya diabaikan… seperti berkumpul dan bergaul tanpa penjarakan fizikal.

“Misalnya seperti yang berlaku di perhimpunan sosial (Kluster Jalan Muhibbah), kemudian bergerak ke kawasan sabung ayam.

“Dengan pematuhan SOP yang rendah, maka mudah berlaku jangkitan,” katanya ditemui Suara Sarawak dekat Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Betong, hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak