Lori dengan muatan minuman keras ditahan polis

LUNDU: Sebanyak 395 karton minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak bercukai ditemui di dalam sebuah lori berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Raso, di sini pada Rabu.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am SAC Mancha Ata berkata, kenderaan terbabit ditahan sekitar jam 5.30 petang oleh pasukan khas Op Benteng Covid.

Menurutnya, kenderaan tersebut pada awalnya dilihat dalam keadaan mencurigakan dan sedang bergerak menghala ke arah sempadan Malaysia-Indonesia.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan mendapati terdapat minuman keras pelbagai jenama sebanyak 395 karton.

“Turut ditahan pemandu lori lelaki warga tempatan, berusia 50 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak