Pendapatan bank di Malaysia dijangka meningkat

KUALA LUMPUR: Pendapatan bank-bank di Malaysia dijangka bertambah baik pada 2021 berikutan pemulihan margin faedah bersih (NIM).

Namun, prestasi keuntungan diunjur terus berdepan tekanan penyusutan caj yang masih ketara, demikian menurut RAM Rating Services (RAM Ratings).

Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan RAM Ratings, Wong Yin Ching, berkata unjuran prestasi pendapatan itu didorong oleh kecenderungan aliran peningkatan trajektori NIM.

“Bagaimanapun, keuntungan bank-bank ini akan terus dipengaruhi oleh ketidaktentuan dalam landskap operasi,” katanya dalam nota penyelidikan pada Khamis.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak