Rakyat miskin di Parlimen Limbang dapat pembelaan

LIMBANG: Sebanyak 46 buah rumah akan di baik pulih di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) bagi kawasan Parlimen Limbang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, tahun ini sebanyak 83 permohonan telah diterima. Ujarnya, kesemua permohonan tersebut telah di pantau oleh pegawai Pusat Khidmatnya bagi menentukan kerosakan yang dialami oleh pemohon.

“Oleh itu ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih sebanyak 46 buah rumah untuk di baik pulih tahun ini.

pemohon yang layak, dipilih berdasarkan keadaan rumah yang mengalami kerosakan yang teruk dan mendesak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Kawasan Parlimen P221 di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P221,” semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak