KMKK perlu bijak beradaptasi

SIMANGGANG: Selain berintegriti, barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) era ini perlu mempunyai telefon pintar termasuk menguasai teknologi seiring cara kerja baharu yang harus diadaptasi dengan cepat.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis memberitahu, isu pertama ialah integriti, iaitu KMKK harus menumpahkan taat setia kepada kerajaan semasa demi kelangsungan pembangunan.

“Dalam pada itu, mesti komited menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dan membawa hala tuju jelas dalam menyampaikan dasar kerajaan yang mengiktiraf pelantikan mereka.

“Sementara isu kedua, KMKK perlu mempunyai telefon pintar termasuk menguasai teknologi di dalamnya bagi memudahkan perhubungan, urusan kerja harian dan pemakluman berita penting,” katanya.

Adun Simanggang itu berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada lima tuai rumah dan seorang kapitan di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak