416 kes baharu, enam kematian Covid-19

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 416 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 48 peratus kes tertumpu di daerah Kapit, Sibu, Bintulu, Meradong dan Miri.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes ialah Daerah Kapit (53), Sibu (46), Bintulu (38), Meradong (33), Miri (30), Kuching (29), Serian (24), Saratok (21), Beluru (18), Kanowit (15), Samarahan (12), Mukah (12), Selangau (10), Sarikei (10), Song (9), Bau (9), Belaga (8), Julau (5), Tanjung Manis (5), Pakan (5), Lundu (5), Bukit Mabong (4), Sri Aman (3), Limbang (3), Tebedu (3), Matu (2), Kabong (1), Tatau (1), Dalat (1) dan Sebauh (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29,377 kes,” katanya.

Tambah JPBN, daripada 416 kes baharu yang dilaporkan, seramai 55 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Sementara itu, seramai 353 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin.

“Terdapat enam kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada seramai 171 orang,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak