6 kelab besar EPL tarik diri

Enam kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik diri daripada cadangan Liga Super Eropah (ESL), ketika perancangan kontroversi itu musnah selepas ditentang hebat.

Enam kelab tersebut ialah Manchester United, Liverpool, Arsenal, Tottenham, Manchester City dan Chelsea.

Kini hanya enam kelab iaitu Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus masih dekal untuk menyertai projek mega itu.

Tindak balas terhadap perancangan itu meningkat dengan ahli politik dan pihak berkuasa bola sepak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.

Malah pasukan yang turut serta berdepan penggantungan daripada kejohanan domestik dan benua.

“Manchester United tidak akan menyertai Liga Super Eropah,” tegas juara liga 20 kali itu dalam satu kenyataan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak