68 atlet bawa cabaran Malaysia ke Tokyo

SERAMAI 33 atlet kebangsaan dan 35 atlet paralimpik dijangka dapat melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 masing-masing dijadualkan berlangsung pada Julai dan Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata buat masa ini, seramai 12 atlet kebangsaan dan 14 atlet paralimpik telah melepasi kelayakan bagi menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

“Masih banyak lagi (atlet) dalam proses kelayakan termasuk Terbuka Badminton Malaysia dan Terjun Piala Dunia 2021 pada Mei ini.

“Jadi jangkaan kita untuk Olimpik lebih kurang 33 atlet sebab banyak kejohanan kelayakan telah dibatalkan manakala bagi paralimpik pula, ia mungkin melibatkan seramai 35 atlet, tertakluk sehingga tempoh kelayakan pada Jun,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kelayakan atlet bagi temasya sukan berkenaan.

Ahmad Shapawi ditemui selepas menghadiri program Pelepasan Jelajah Sokongan Road To Tokyo 2020 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Bangunan Dato Jaafar Muhamad.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak