Bendung varian baharu terutamanya dari India

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dan individu yang pernah berada di India dalam tempoh 30 hari ke Sarawak.

Sekretariat JPBN berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah pencegahan kemasukan varian baharu – Variant of Concern (VoC) dari India.

Keputusan itu akan berkuat kuasa mulai 27 April ini, jelas JPBNS dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dalam hantaran Facebooknya berkata, Sarawak perlu mengelakkan krisis Covid-19 yang teruk seperti yang berlaku di India ketika ini.

Menurutnya, Sarawak bersimpati dan prihatin terhadap apa-apa yang dihadapi oleh masyarakat di negara tersebut.

“Selepas setahun, Covid-19 lebih kuat dari sebelum ini dan boleh berlaku kepada mana-mana negara di dunia termasuk Sarawak

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak