Bergantung rezeki melalui media sosial

KUCHING: Pernah meraih pendapatan hanya RM10 sehari hasil jualan air, tidak memadamkan semangat Amirul Fadly Suki, 42 meneruskan perniagaan.

Dia yang beroperasi sepenuhnya dari rumah berkata, pelbagai cabaran dihadapi sepanjang menceburi bidang keusahawanan.

“Sememangnya saya telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan secara kecil-kecilan, sejak dahulu. “Banyak tempat yang menjadi tapak niaga saya sebelum ini, termasuk di acara keramaian seperti lumba perahu dan sebagainya menjual makanan dan minuman,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Menurut Amirul, dia lebih suka menjalankan perniagaan makanan dan minuman kerana ia dapat menampung serba sedikit perbelanjaan mereka sekeluarga menerusi pendapatan yang diperolehinya.

“Saya mula berniaga sejak 2000 dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan.

“Berbekalkan ilmu dalam bidang pembuatan air, saya mengambil langkah meneruskan perniagaan ini kerana ia lebih mudah dan selesa untuk memenuhi cita rasa pelanggan,” katanya.

Mengulas sambutan pelanggan, Amirul mendedahkan pendapatannya agak berkurang berbanding sebelum pandemik melanda negara.

“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud jualan langsung tidak menerima tempahan kerana saya mempunyai pelanggan yang menggemari minuman yang saya jual. “Saya juga bersyukur kerana pada hari pertama Ramadan semalam, saya menerima banyak tempahan dari pelanggan untuk berbuka puasa,” katanya.

Amirul yang merupakan bapa kepada enam orang anak ini turut mendedahkan dirinya aktif dalam mempromosikan barang jualan menerusi aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain. “Memandangkan operasi bazar sekali lagi tidak dibenarkan pada tahun ini, saya memang bergantung sepenuhnya dengan kuasa media sosial untuk meraih perhatian pelanggan

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak