Bonnie Bunyau lega telah di vaksinasi

JAGUH angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Ak Gustin, 21, lega selepas menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 Jumaat lalu.

Ia membolehkan anak jati kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu fokus kepada persiapan latihan bagi menghadapi Sukan Para Olimpik Tokyo yang akan berlangsung Julai depan.

“Lega dan gembira sebaik selesai proses suntikan dos pertama vaksin berkenaan. Kini saya boleh kembali fokus dengan latihan seperti biasa untuk persiapan menghadapi temasya Sukan Para Olimpik Tokyo,” ujar Bonnie kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Menurut Bonnie, beliau kini perlu menunggu proses suntikan untuk dos kedua pada tarikh yang telah ditetapkan. Bonnie antara atlet sandaran negara untuk beroleh pingat emas di Tokyo nanti.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak