Bot tersangkut pada beting pasir

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas menangkap ikan dijumpai selamat berhampiran Kampung Paloh, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Abdul Wahab Mohd Yusuf, 57, ditemui penduduk di tepi Pantai Mas, kawasan sungai Batang Paloh.

Kehilangan warga emas itu disedari anggota keluarganya apabila mangsa tidak kembali ke rumah selepas keluar menangkap ikan.

Bimbang dengan keselamatan mangsa katanya, anggota keluarganya tampil membuat laporan di Balai Polis Belawai sebelum operasi mencari dan menyelamatnya dilancarkan.

“Difahamkan, mangsa gagal mengalihkan botnya selepas tersangkut pada beting pasir. Perahu dan enjin botnya tidak mengalami masalah namun, bekalan minyak yang dibawanya tidak mencukupi untuk pulang.

“Mangsa juga cuba untuk mendapatkan bantuan namun telepon bimbitnya tidak berfungsi selepas dimasuki air,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan kehilangan Abdul Wahab dibuat di Balai Polis Belawai pada jam 4.00 petang sebelum diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis.

Mangsa dilaporkan keluar menangkap ikan seorang diri dengan menggunakan bot jenis fiber berwarna kuning.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak