Bukit Mabong, Kapit daerah paling terjejas jangkitan Covid-19

KUCHING: Daerah Bukit Mabong, Kapit amat terjejas dengan kes positif Covid-19 yang dikenali sebagai kluster Putai, lokasi Empangan Hidro Elektrik, Baleh yang sedang giat dibangunkan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata, sehingga hari ini (27 April) seramai 950 orang disaring dengan 308 daripadanya adalah positif, 577 negatif manakala 65 lagi merupakan individu di bawah siasatan (PUI).

“Ini meletakkan Daerah Bukit Mabong antara kes positif Covid-19 tertinggi setakat ini.

“Selepas melalui fasa zon hijau hingga jingga, kini Bukit Mabong diisytiharkan sebagai zon merah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak