Covid-19: Belum ada varian Afrika Selatan dikesan di Sarawak

KUCHING: Tiada kes Covid-19 variasi Afrika Selatan dikesan di Sarawak, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Chin Zin Hing.

Katanya lagi, terdapat tiga variasi Covid-19 di Sarawak namun tidak mendedahkannya secara lanjut.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga variasi Covid-19 berkenaan dapat dikawal dengan suntikan vaskin yang kita tempah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak