Doktor patah tangan kanan terlibat kemalangan

KUCHING: Seorang doktor patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya di Jalan Stenggang-Lundu, Kampung Jugan semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.22 petang.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh mangsa (doktor) bertembung dengan sebuah lori 3 tan.

“Pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau operasi mendapati pemandu Myvi masih tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan lalu dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan segera,” katanya hari ini.

Tambahnya, mangsa sebelum kejadian dalam perjalanan dari Lundu balik ke Kuching.

Punca kejadian kini masih dalam siasatan.

SELAMAT…Pasukan Alpha membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Myvi

 

PATAH…Mangsa diberi rawatan awal didapati patah tangan kanan

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak