Dua tahun S’wak terima SST minyak RM5bil, tahun ini berpotensi tinggi

SPAOH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg optimis Kerajaan Sarawak tahun ini bakal mendapat agihan Cukai Jualan Negeri (SST) minyak dan gas yang lebih besar berbanding dua tahun sebelum ini. 

Namun tegasnya, sebanyak manapun pendapatan tetapi kerajaan tidak mempunyai kecekapan dalam mentadbir, ia akan hilang dan tidak ke mana-mana. 

“Pada 2019, tahun pertama saya melaksanakan SST, Petronas membayar Sarawak RM2.9 bilion, dan dicampur dengan sumbangan SST oleh syarikat lain seperti Shell, Exxon dan sebagainya, semuanya mencecah RM3.2 bilion. 

“Manakala pada 2020 sehingga hari ini kita menerima lebih RM2 bilion ekoran harga minyak turun. 

“Maknanya, dalam masa dua tahun, Sarawak menerima lebih RM5 bilion tambahan pendapatan pelaksanaan SST. 

“Justeru pada 2021 ini, saya melihat harga minyak mengalami kenaikan dalam USD60, ada ketikanya USD70. Jika ini meningkat, peluang Sarawak mendapat lebih banyak SST juga tinggi,” katanya. 

 

… Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 April 2021

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak