ESL berkubur angkara 6 kelab EPL tarik diri

PEMILIK enam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris masing-masing kerugian RM45.5 juta (8 juta pound) selepas Liga Super Eropah berkubur dan turut berdepan denda.

Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham menyertai Atletico Madrid, Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus dalam kejohanan pertengahan minggu itu. Kejohanan kontroversi itu diumumkan Ahad lalu, dengan 12 gergasi bola sepak Eropah menyertainya – sebelum ia berkubur.

Setiap kelab membeli saham 8 juta pound dalam Liga Super Eropah yang akan digunakan untuk membantu rundingan perjanjian penyiaran, kontrak komersial dan yuran guaman.

Laporan mendakwa kontrak ditandatangani 12 kelab itu sepatutnya akan diteruskan walaupun berdepan cabaran sukar.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak