Hanya untuk anak tanpa status kewarganegaraan

KUCHING: Permohonan status kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan hanya tertakluk kepada kanak-kanak tiada status kewarganegaraan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, status kewarganegaraan di bawah Perkara 15A hanya meletakkan kanak-kanak yang tiada status kewarganegaraan atau status belum ditentukan.

“Sekiranya kanak-kanak itu mempunyai pasport atau status kewarganegaraan lain seperti Indonesia, Filipina dan sebagainya, ini bermakna mereka sudah mempunyai kewarganegaraan dan permohonan tidak boleh dimajukan di bawah Perkara 15A.

“Permohonan sedemikian akan ditolak kerana Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan individu di negara ini untuk mempunyai dua kewarganegaraan walaupun terdapat negara yang mengiktiraf kan dwi kewarganegaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Laporan Bulanan Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) bagi Mac di Bangunan Baitul Makmur II di sini, semalam.

Fatimah juga pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A menambah, punca utama kanak-kanak tidak mempunyai status kewarganegaraan ini kerana disebabkan perkahwinan yang tidak teratur.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak