Harga minyak masak terkawal

KUCHING: Situasi harga dan bekalan minyak masak di pasaran adalah terkawal menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kerajaan mengadakan Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS), dengan memberikan subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg 1kg. Menurut beliau, subsidi minyak itu dikekalkan untuk memastikan rakyat mendapatkan bekalan minyak masak dengan harga mampu milik untuk kegunaan isi rumah.

“Pengekalan pemberian subsidi ini, adalah untuk memberikan pilihan yang lebih jimat kepada pengguna dalam mendapatkan bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah di pasaran.

“Pada masa yang sama, penjualan minyak masak kegunaan isi rumah dalam pembungkusan jenis botol juga dijual di pasaran untuk memberikan pilihan kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak