Hargai majikan terawal mencarum

KUCHING: Perkeso Sarawak menghargai majikan terawal yang mendaftar serta mencarum dengan pertubuhan itu.

Perkeso dalam satu kenyataan berkata, sempena sambutan Ulang Tahun Jubli Emas tahun ini, Perkeso mengadakan program penyerahan sijil penghargaan kepada salah sebuah syarikat iaitu Harrisons Sarawak Sdn Bhd.

Menurut Perkeso, Harrisons Sarawak Sdn Bhd merupakan majikan yang terawal mendaftar dan mencarum dengan mereka di negeri ini.

“Ini sebagai tanda penghargaan Perkeso kepada majikan tersebut yang mencarum sejak 1974, iaitu sejak kami memperkenalkan Skim Perlindungan Perkeso di Sarawak,” katanya, semalam.

Perkeso menambah, mereka menghargai kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh majikan dan pekerja, khususnya di Sarawak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak