Hobi jadi kerjaya

DEBAK: Dulu suri rumah sepenuh masa, kini bergelar usahawan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih dan itulah yang dibuktikan oleh suri rumah dari Kampung Bungey Hilir, Amy Syuhaida Tio.

Dalam tempoh empat tahun, setelah bergelumang dengan beberapa kali kegagalan, beliau kini mampu sebaris rakannya yang turut mengusahakan pembuatan produk yang sama.

“Semuanya bermula daripada hobi. “Azam saya membantu menambah pendapatan keluarga akhirnya berjaya mengubah peranan seorang isteri daripada bergelar suri rumah tangga sepenuh masa kepada pengusaha produk makanan yang menguntungkan,” akuinya yang mula berjinak-jinak dengan produk ‘kuih kering’ di Saribas pada akhir 2017.

Menyebut tentang kuih kering, ibu berusia 40 tahun itu menghasilkan sembilan jenis produk hasil air tangannya sendiri, antaranya Kacang Madu, Kacang Botak, Kacang Kefci, Kacang Bersambal Pedas Manis, Kacang Daun, Rempeyek Berempah, Popia Sambal, Ketop Mi dan Maruku.

“Semua saya buat sendiri, masak, membungkus dan menghantar kepada pelanggan. “Dulu saya bermula setelah melihat ramai jiran yang berjual dan dari situ timbulnya minat… tambahan saya memang suka memasak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak