KUCHING: Kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Energy di Kapit ditutup sementara sehingga 8 Mei depan untuk kerja sanitasi dan akan dibuka semula pada 10 Mei.
Sarawak Energy berkata, bacaan meter dan perkhidmatan penghantaran bil juga akan dihentikan sementara sepanjang tempoh tersebut.
“Pelanggan di Kapit di galak menggunakan perkhidmatan dalam talian dengan memuat turun aplikasi mudah alih untuk melihat dan membayar bil elektrik dan melaporkan sebarang isu teknikal dan membuat pertanyaan.
“Bayaran juga boleh dilakukan melalui platform dalam talian yang lain seperti perbankan dalam talian, JomPay dan melalui e-Dompet seperti Sarawak Pay dan Boost,” jelas Sarawak Energy lagi.
Pada awal tahun ini, Sarawak Energy telah memperkenalkan perkhidmatan e-Bil untuk mengelakkan transaksi dalam talian dan mengehadkan transaksi bersemuka sebagai sebahagian usaha syarikat untuk membantu mengekang penularan Covid-19 di negeri ini.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Apr 2021