Kek raya untuk petugas keselamatan dan barisan hadapan

KUCHING: Sebanyak 10,050 kotak kek raya disediakan kepada 15 agensi pasukan keselamatan dan penguatkuasaan bagi menghargai pengorbanan serta komitmen mereka dalam menjaga keamanan Sarawak semasa sambutan Hari Raya dan Hari Gawai.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, program berkenaan diadakan setiap tahun menjelang musim perayaan.

“Majlis ini diadakan setiap tahun sebagai pengiktirafan daripada Kerajaan Sarawak kerana sumbangan dan pengorbanan barisan hadapan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

“Tahun ini berlainan sedikit kerana terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19. Oleh itu, kita hanya membuat penyampaian sumbangan kepada semua wakil agensi sahaja,” katanya

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Apr 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak