Kerana enggan makan malam bersama, lelaki amuk dan ancam bunuh anak tiri

MIRI: Hanya kerana enggan makan malam bersama, seorang lelaki warga emas mengamuk dan mengancam membunuh anak tirinya.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di rumah suspek.

Katanya susulan laporan polis yang di buat oleh anak tirinya yang juga ibu tunggal berusia 21 tahun, suspek berusia 60 tahun kemudian ditahan di rumahnya di Lambir pada pagi hari ini.

“Suspek dipercayai marah kepada anak tirinya kerana enggan makan malam bersamanya dan mengancam akan membunuh mangsa serta membakar rumah mereka,” katanya yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi, hari ini.

Hakemal berkata suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak