KPDNHEP komited laksana pelbagai inisiatif untuk semua pihak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta semua agensi di bawahnya komited melaksanakan pelbagai polisi, program dan inisiatif untuk manfaat komuniti peniaga.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selari dengan falsafah kementeriannya, usaha itu bagi memastikan tidak ada pihak ketinggalan dalam mendapat bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Oleh kerana masih ada dalam kalangan masyarakat masih belum jelas terhadap usaha kerajaan melaksanakan Proklamasi Darurat sejak Januari lalu serta tindakan membendung Covid-19, KPDNHEP berasa perlu untuk kita turun padang.

“Ia bagi membolehkan kita bersemuka dengan rakyat dari pelbagai peringkat bagi menerangkan perincian program, kekeliruan dan salah faham termasuk menjawab segala kemusykilan yang timbul,” katanya pada Program Malaysia Prihatin di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Apr 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak