KPM perlu segera cari kaedah pembelajaran alternatif tangani kesan Covid-19

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mencari kaedah pembelajaran alternatif atau mencipta gaya pembelajaran baharu bagi mengelakkan penutupan sekolah jika berlaku peningkatan kes Covid-19.

Presidennya Ahmad Malie berkata, sudah tiba masanya KPM memikirkan resolusi alternatif selain mengambil langkah untuk menutup operasi sekolah.

“Ini kerana KGBS juga memikirkan tentang pengetahuan yang diperoleh pelajar khususnya mereka yang terkesan dengan penutupan sekolah ketika ini.

“Bagaimanapun, KGBS akur dengan keputusan untuk menutup sekolah dalam tempoh 14 hari di kawasan zon merah seperti yang diumunkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 19 April,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak