Laluan KM28 ditutup sementara

MIRI: Laluan KM28 dari bandar raya Miri (jajaran Lambir) untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo ditutup sementara waktu.

Unit Lebuh Raya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan berkata, penutupan jalan tersebut bertujuan membolehkan kerja pembersihan dilakukan akibat kejadian tumpahan minyak oleh sebuah lori yang membawa muatan minyak sawit.

Justeru, pengguna disaran menggunakan laluan jalan pesisir bagi alternatif masuk atau keluar dari bandar raya Miri. Pembukaan semula laluan tersebut akan diberitahu kelak setelah kerja pembersihan selesai.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak