Lebih 40 petugas kesihatan ‘batch pertama’ dari luar Sarawak tiba hari ini

KUCHING: Lebih 40 orang petugas kesihatan dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak hari ini bagi menambah petugas kesihatan dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bilangan staf sokongan untuk membantu Sarawak itu akan ditambah secara berperingkat.

“Kita menjangkakan lebih 300 lebih orang dan mereka akan datang secara berperingkat, hari ini seramai 40 orang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 Sarawak di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak