Lelaki warga emas terlibat kemalangan maut

SERIAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan Jalan raya berhampiran simpang Kampung Tangga Pulau Tamba Cina di Kilometer 4 Jalan Serian-Tebedu, semalam.

Insiden sekitar jam 4.20 petang itu membabitkan sebuah kenderaan jenis 4WD Toyota Hilux dengan sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh mangsa.

Ketua Jabatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan juga dada.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati perlanggaran berlaku ketika kenderaan 4WD yang dipandu oleh seorang peniaga berusia 67 tahun itu dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke arah Tebedu.

“Semasa 4WD membelok masuk ke simpang sebelah kanan (Kampung Tangga Pulau Tamba Cina) telah dilanggar sebuah Kancil yang bergerak lurus dari arah Tebedu.

“Akibat perlanggaran itu pemandu Kancil meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 4WD tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

HANCUR… Bahagian hadapan kenderaan Kancil yang dipandu oleh mangsa remuk akibat perlanggaran 

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak