BAU: Kelekaan lima lelaki disyaki sedang bermain dadah di dalam sebuah rumah di Kampung Bidi terlerai selepas kediaman itu diserbu polis pagi tadi.
Serbuan sekitar jam 9.45 pagi itu dilakukan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau.
Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata kesemua suspek yang ditahan masing-masing merupakan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun.
“Mereka(suspek) terus ditahan di dalam rumah tersebut sebelum pemeriksaan lanjut polis menemui satu beg yang disandang oleh salah seorang suspek.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.40 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

