Masih ada melombong emas di Gunung Tabai

BAU: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menahan tiga suspek yang dipercayai menceroboh Taman Negara Dered Krian (DKNP).

Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian, manakala seorang daripada suspek berjaya ditangkap dengan memiliki tiga guni beg tanah.

Menurut kenyataan, warga asing berusia 36 tahun dan dua lagi suspek disahkan terlibat dalam aktiviti perlombongan emas secara haram di gua Gunung Tabai yang berada dalam DKNP berkenaan.

“Pihak kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti haram termasuk perlombongan haram serta perdagangan hidupan liar.

“Pihak yang terlibat akan dikenakan hukuman yang sepatutnya,” jelas kenyataan tersebut. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohd Aton mengingatkan penduduk tempatan agar tidak menceroboh Gunung Tabai.

Beliau turut menggesa penduduk tempatan supaya melindungi warisan semula jadi dan berkongsi semua maklumat kegiatan haram menerusi talian utama SFC.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bau dan suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. Peralatan yang digunakan untuk melakukan aktiviti haram turut dirampas.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau aduan berhubung talian SFC 019- 8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 0198332737 (Bintulu), 0198290994 (Miri).

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak