MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, mayat penyelam dikenali sebagai Ling Beng Wai, 34, dari Sibu ditemui oleh penyelam lain yang turut berada di lokasi menyelam berkenaan.
Mangsa dikatakan menyelam di Taman Negara Terumbu berkenaan bersama-sama 25 lagi penyelam lain pada tengah hari.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021