Misi tawan emas atlet angkat berat

ATLET angkat berat Sarawak kini fokus terhadap latihan harian sejak disambung semula Mac lalu.

Ia sebagai persiapan untuk membawa pulang pingat emas dalam temasya Para Sukma Johor 2022.

Pengurus pasukan, Rusnalina Mat Darus memberitahu, tiada masalah untuk atlet menyambung tugasan mereka.

Mengambil kira masa yang ada dan harus dipergunakan sebaik mungkin.

“Apa yang pasti, prosedur operasi standard (SOP) tetap diutamakan.

“Langkah tersebut sentiasa diambil berat untuk memastikan keselamatan semua atlet terbabit,” kata Rusmalina kepada Arena Sarawak semalam.

Jelasnya, para atlet semakin bersemangat setiap kali berlatih.

Situasi tersebut cukup memperlihatkan mereka siap siaga untuk berdepan dengan kejohanan dwitahunan itu.

Sementara utu, Rusmalina turut mengakui pihaknya masih menunggu arahan untuk pelaksanaan proses dos pertama suntikan vaksin Covid-19 kepada atlet.

“Setakat ini belum ada perkembangan mengenainya.

“Kesemua nama mereka sudah pun didaftar untuk tujuan tersebut,” tambah Rusmalina.

Sambil berharap proses suntikan vaksin berkenaan sebaik sahaja selesai dilaksana, sudah tentu memberi keyakinan kepada atlet sedia ada.

Atlet Sarawak untuk Para Sukma Johor kelak ialah Azlan Mos, Mohamad Fuad Alen, Abdul Malek Abdullah, Bryan Junency ak Gustin, Hermandy Rasidi, Arrobert Sabai ak Sambang, Mohd. Firdaus Affendi Nicodemus Manggoi ak Moses, Nurul Rabiatul Adawiyah Bakri, Melinda Tiong, NurAmirahJamaludin, Bibiana Ahmad, Fransisca Wells, Sona ak Agon, Rosnani Kassim dan Norfariza Mortadza.

Skuad Sarawak maraih tujuh emas, satu perak dan dua gangsa pada Para Sukma Perak 2018.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak