‘Ops Mabuk’ berjaya jerat empat individu memandu di bawah pengaruh alkohol

KUCHING: Empat individu termasuk seorang wanita yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam Ops Mabuk di Jalan Simpang Tiga awal pagi tadi.

Keempat-empat suspek berusia lingkungan 19 hingga 53 tahun terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata hasil ujian alat EBA mendapati dua daripada lelaki terbabit didapati kandungan alkohol dalam badan masing-masing melebihi 165mg/100ml dan 86mg/100ml manakala dua lagi di bawah had.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching bermula jam 9 malam itu telah melakukan pemeriksaan terhadap sebanyak 60 buah kenderaan melibatkan 71 individu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak