Pangkalan pontun untuk kegunaan nelayan dan penduduk kampung

KUCHING: Sebuah pangkalan pontun akan di bina berdekatan Jambatan Sungai Pelaie untuk kemudahan masyarakat nelayan khususnya dari untuk kemudahan.

Adun Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, cadangan untuk membina sebuah pangkalan pontun dicadangkan sejak empat tahun yang lalu.

Namun, katanya terdapat beberapa masalah teknikal melibatkan isu tanah menyebabkan pembinaan tidak dapat dilaksanakan sehingga baru-baru ini pemilik tanah, Cahaya Mata Sarawak (CMS) telah memberi kebenaran untuk membina struktur jalan untuk membina pangkalan tersebut.

Tapak pembinaan pengkalan pontun di Sungai Pelaie.

“Saya telah berbincang bersama pemimpin masyarakat untuk mencari tapak yang sesuai untuk membina sebuah pangkalan yang lebih tetap.

“Hasil perbincangan, saya telah menghubungi CMS untuk meminta persetujuan mereka dan CMS telah memberi kebenaran untuk menggunakan tanah tersebut,” jelasnya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, pembinaan pangkalan ini telah dimasukkan dalam dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dun Pantai Damai bagi tahun 2020 dan 2021.

Tambah Menteri Muda Bekalan Air itu, sebanyak RM 470,000 diperuntukkan untuk membina pangkalan pontun tersebut.

“Ia akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana, JKR bahagian Kuching. Apabila dokumentasi siap, JKR akan memulakan kerja ini dengan pelantikan kontraktor yang akan diuruskan bersama dengan Pejabat Residen,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak