Parlimen Mukah agih 500 bubur lambuk

MUKAH: Pusat Khidmat Parlimen Mukah menyerahkan lebih 500 bungkus bubur lambuk kepada pelbagai agensi kerajaan sempena Ramadan.

Jurucakapnya menjelaskan, sumbangan Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib itu diserahkan ke setiap lokasi dan pejabat masing-masing.

“Program berkenaan penting bagi menyemarakkan Ramadan,” katanya.

Menurutnya, program itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

Petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya turut menerima bubur lambuk berkenaan.

Program berkenaan akan diteruskan ke Dalat dan Daerah Kecil Balingian.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak