Sarawak beli vaksin sendiri bagi lengkapkan vaksinasi menjelang Ogos ini

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata lampu hijau telah diberikan untuk Sarawak membeli vaksin yang mencukupi bagi mempercepat liputan imunisasi kepada rakyat negeri ini.

Katanya Datuk Amar Douglas Uggah telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Teknologi dan Inovasi Sains yang juga merupakan Menteri Koordinator Program Pelalian Nasional Covid-19 Khairy Jamaluddin minggu lalu untuk membincangkan undang-undang berkaitan, bagi Sarawak membeli bekalan vaksinnya sendiri.

“Saya dimaklumkan bahawa Khairy telah memberi jaminan kepada kita bahawa mereka akan menyokong usaha bagi memastikan pembekalan vaksin yang mencukupi untuk Sarawak sejajar dengan matlamat menyelesaikan rancangan vaksinasi pada akhir Ogos di negeri ini,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak