Sarikei, Betong kini dua zon berbeza

BETONG: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikemas kini semalam, menjelaskan Bahagian Sarikei dan Betong bukan lagi dalam satu zon yang sama.

Sebelum ini, Bahagian Sarikei dan Betong diletakkan dalam satu zon yang sama iaitu zon Sarikei. Berikutan perubahan tersebut yang berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 10 Mei, pergerakan antara dua bahagian tidak dibenarkan melainkan mempunyai permit polis.

Itu pun atas alasan kecemasan, tugas rasmi serta rantaian aktiviti ekonomi dan industri.

Bagi zon Betong, pergerakan dalam Bahagian Betong seperti antara daerah-daerah di dalamnya tidak memerlukan permit polis. Namun, jika orang ramai hendak keluar dari zon Betong misalnya ke Sarikei, mereka mesti mendapatkan permit.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak