Semak janji temu melalui SMS

MIRI: Orang ramai dinasihatkan sentiasa memeriksa sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di telefon bimbit masing-masing bagi pengesahan janji temu vaksin Covid-19 Fasa II.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, janji temu vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera akan diterima melalui kaedah SMS.

Menteri Pengangkutan itu berkata lagi, pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Fasa II Bahagian Miri bermula pada 23 sehingga 29 April ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Eastwood Valley Miri, Hospital Miri dan Hospital Marudi.

“Sebanyak 3,510 vaksin akan diterima bagi yang menyasarkan kepada kumpulan pertama membabitkan golongan rentan dan warga emas yang berumur 69 hingga 99 tahun berdasarkan senarai yang diterima oleh JPBB Miri,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurutnya, berdasarkan penjelasan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, satu SMS daripada Covid-19 Immunistion Task Force (CITF) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memberikan peringatan untuk mengesahkan janji temu penerimaan vaksin Covid-19.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021

Suara Sarawak