Serba Dinamik bantu Laura

BINTULU: Serba Dinamik Bintulu Service Centre mengadakan lawatan ke rumah Laura anak Sigau di Kidurong Avenue, Bintulu.

Laura merupakan anak salah seorang kakitangan Serba Dinamik Bintulu dan merupakan orang kurang upaya (OKU). Laura menjalani pembedahan lebih lapan kali dengan pembedahan pertama, melibatkan pembedahan kaki, diikuti tangan, kulit, hidung dan mulut termasuk pelebaran tisu di bahagian kepala.

Kini, dia berumur 8 tahun dan tidak dapat ke sekolah berikutan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan.

Oleh demikian, Serba Dinamik mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan mempermudah kehidupan hariannya.
Barangan yang disumbangkan kepada Laura adalah dalam bentuk barangan keperluan harian, bahan pembelajaran (grolier), komputer riba, kerusi roda, dan alat mudah alih untuk berjalan kaki.

Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM5,000. Sumbangan tersebut juga sebagai tanda prihatin Serba Dinamik kepada Laura anak Sigau dan akan memastikan dia tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyediakan alat pembelajaran berikutan dia tidak dapat ke sekolah seperti anak lain.

Malah, sumbangan tersebut juga merupakan penghargaan kepada Sigau anak Ukang iaitu bapa kepada Laura.

Pihak pengurusan Serba Dinamik sangat menghargai jasa beliau yang sudah lama berkhidmat dengan Serba Dinamik Sdn Bhd semenjak 2006.

Diharap agar program CSR seperti ini dapat membuka mata masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan kurang upaya bagi meringankan beban hidup lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak