SIDS Kemena serah sumbangan kepada petugas barisan hadapan

BINTULU: Serakup Indu Dayak Sarawak(SIDS) Cawangan Kemena hari ini menyerahkan sumbangan makanan kering dan minuman kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kawalan dan Berisiko Rendah(PKRC) Covid-19 di Dewan Suarah di sini.

Simbolik sumbangan disampaikan oleh pengerusi pertubuhan itu, Jenny Bangga kepada Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.

Mewakili SIDS Cawangan Kemena, Jenny mengucapkan ribuan terima kasih semua anggota polis, tentera dan RELA yang terus berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.

Kami dapat merasai penat lelah para petugas semua dan kami di sini sangat-sangat menghargai pengorbanan mereka, ujarnya.

Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh AJK SIDS Cawangan Kemena ini akan dapat memberi semangat kepada para barisan hadapan semua untuk terus berkhidmat serta membuatkan mereka rasa dihargai dan dihormati, tambahnya lagi.

Semalam, Jenny bersama barisan ahli jawatankuasa SIDS Cawangan Kemena turut menyerahkan sumbangan SIDS Cawangan Kemena kepada Gereja Katolik St. George, Klinik Kesihatan Sebauh serta petugas keselamatan yang menjaga kawasan sekatan di Rumah Gani anak Lamsan, Sebangat, Rumah Julin di Pandan serta Rumah Patrick Andin, Sungai Serakit di Sebauh.

Sementara itu, Jack berterima kasih kepada SIDS Cawangan Kemena atas sumbangan yang diberikan sebagai tanda menghargai jasa pasukan keselamatan dan kesihatan dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19 di bahagian ini, khasnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak